nuffnang

CLICK HERE & JOIN DEAR :)

snow

Friday

Ramai wanita yang 'perasan' cute ?

Di mulakan dgn bismillah ..


SALAM SEMUA :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::

Dari tajuk saja dah tahu apa yg aku nak bebelkan.
Dunia hari ini agak mudah untuk mengenali manusia seluruh dunia. Dunia dah maju. Kalau dulu ye la. Sekarang ni, bukan takat Facebook, Instagram ade, Twitter ade, macam2 lagi lahh ade. Internet di hujung jarii saja yawhhh! Bak kata hotlink, Internet tanpa sepadan gituhh.
Sometimes, perempuan jugak tak dapat elakkan perasaan yg begini tanpa disedari. Takk gituhh ? HAHA.

Cuma, aku mula rasa ingin muntah bila melihat anak-anak gadis kita yang perasaan dirinya terlampau 'cute' ni. Lebih-lebih lagi yang tak tutup aurat nih. Ada jugak yg tutup auratnya, manis bertudung. Tapi, dok buat memek-memek muka yg merasakan diri nya itu 'cute'. Tak malu kea ? Even, awak tu 'HOTSTUFF'. Hotstuff ke tidak, bukan kelebihan untuk awak menguasai sesuatu tuu. Bukan awak sorang jea yg ada FB, Instagram, twitter & etc. *Ko pikit ko sorang jea yg hadooo? Likers nya beribu raban. Tapi, awak kena tahu jugak batas-batasnya. Kita ni dalam social web. Semua boleh nengok apa yang kita buat wehhh O.o

Bila ditegur, mulalah kata "jangan jaga tepi kain orang", "ini peribadi saya.. You apa sebokk", "I tahu apa yang I buat..", "ni facebook I, kalau tak suka boleh blah.." n bla bla bla...

Manis tak ayat anak dara kalau macam ni? Bukan sekadar tak manis, bahkan meloyakan tekak.. kalau bising lagi, boleh muntah..

Huh, gadis juga perlu faham yang ramai lelaki dok meluat tengak gaya diorang yang tegedik-gedik dalam laman sosial tu. Bukan semua yg sukakan kita. Kadang tuu ada yg tak jujur bila dia mmberi komen pada gambar kita. kita bukan tahu. Haha

Aku cuma nak mengingatkan kepada para wanita supaya menjaga kehormatan mereka. Ramai yang ingin menonjolkan diri mereka di dalam laman sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter & etc.

Ramainya wanita yang 'perasan' kiut di laman sosial, rasa diri begitu cantik dan anggun.. perasan muka macam artis korea, sambil berkata dalam hati, "Oh cantiknya aku.."

Kemudian post gambar yang 'tergedik-gedik' dengan pelbagai gaya.
Entahlah, mana perginya kehormatan dan sifat malu sebagai wanita.

Wanita sekalian perlu faham,
bahawa ramai juga lelaki yang 'meluat' apabila melihat gaya kalian yang mengada-ngada, gedik-gedik dalam facebook dan seangkatan dengannya .

Tak percaya, cuba tanya lelaki.

Cuba jadikan benda2 yg macam tu lebih bermanfaat dan boleh membuahkan hasil. Aku nasihatkan ni kat diri ak jugak supaya tak jadi begini. *HarHar

Sekian,

3 comments:

Anis Farhana said...

semoga saya tak tergolong dalam kalangan tu. hmm. :D

Nur Azwa Edora said...

semoga saya pun tak jadi macam tu , tapi kita tak boleh mengondem dyorang , kadang2 mereka tu perlu ditegur supaya tahu apa kesalahan mereka yang sebenarnya :)

Nao Mei said...

cik akak nie salu masukkan gambar cik akak kat blog...bukan niat nak menunjuk-nunjuk..tapi tulah memang tabiat cik akak.....tak juga nak minta puji...cuma nak simpan kenangan je kat blog...semoga adik tak rimas dengan gimik muka cik akak tu...hihi..:)